Thursday, October 15, 2009

BERITA METRO


Jumaat 16 Oktober 2009
  • ‘Abang...sayang kemalangan!’
  • KUANTAN: “Abang...sayang kemalangan!” begitu perkataan awal diucapkan Nor Hazliza Saat, 29, dengan nada suara lemah ketika menghubungi suaminya, Tengku Hamizi Tengku Husin, 29, bagi memaklumkan kejadian yang meragut nyawa anak angkatnya, Mohd Aris Iman Abdul Razak yang berusia sebulan.

  • Syabas giat potong bekalan air bagi bil tertunggak
  • KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang mengadakan operasi pemotongan bekalan air bagi akaun bil air tertunggak sepanjang Oktober ini.

  • Hanya seminit curi Proton Satria GTi
  • KUALA LUMPUR: Dua lelaki berusia 20-an mampu menghidupkan kenderaan yang sudah berkunci dan lengkap dengan alat penggera kurang seminit sebelum melarikannya.

  • Sampah, bangkai selera suami
  • SEPANG: Perbuatan pelik seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam selepas tengah malam dalam timbunan sampah yang busuk dan berulat di belakang rumah dipercayai bagi menguatkan ‘ilmu hitam’ dituntutnya menyebabkan isteri yang baru dinikahi 40 hari lalu, melarikan diri.

  • Tujuh pelatih pusat serenti dijel sedekad
  • ALOR SETAR: “Kamu dimasukkan ke pusat pemulihan dadah untuk dipulihkan dan memberi peluang kepada kamu membaiki diri tetapi kamu tidak mengambil kesempatan itu sebaliknya membenarkan emosi menguasai diri dengan melakukan kesalahan.”

  • Maki hamun, jerut leher kakak
  • KUALA LUMPUR: Melampau apabila seorang lelaki bukan saja memaki hamun kakaknya, malah tergamak menjerut leher wanita berusia 50-an itu dengan rantai besi motosikal hanya kerana perselisihan faham kecil.

  • 72 korban gigitan nyamuk
  • KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi bagi tempoh 4 hingga 10 Oktober menurun kepada 552 kes berbanding 585 kes pada minggu sebelumnya.

  • ‘Nasi lemak terakhir’
  • KUALA TERENGGANU: “Sepanjang berpuasa bersama arwah ketika Ramadan lalu, saya masak sendiri juadah berbuka kegemarannya ketika dia pulang ke Alor Setar (Kedah), malah ketika menjamah nasi lemak disukainya, arwah sempat memberitahu ia hidangan terakhirnya.

  • Tiada kemasukan baru ke ICU
  • KUALA LUMPUR: Tiada kemasukan baru pesakit influenza A (H1N1) ke unit rawatan rapi (ICU) mana-mana hospital di seluruh negara dilaporkan semalam, manakala pada masa sama, seorang pesakit yang dirawat di ICU sudah dibenarkan keluar.

  • Polis panggil pelakon, rakan
  • KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil artis popular dan rakan perniagaannya untuk diambil keterangan berikutan satu laporan yang dibuat seorang jurujual yang mendakwa pembantu rumah disediakan artis berkenaan melarikan diri dan mencuri barang berharga miliknya.

  • Rayuan Malabar
  • JOHOR BAHRU: Ribuan masyarakat Malabar di seluruh negara berdepan dengan kekeliruan identiti apabila ingin mendaftarkan kelahiran waris masing-masing di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berikutan ruangan kaum sering diisi dengan keturunan berbeza.

  • Hapus segera wabak tiga ‘L’
  • KUALA LUMPUR: Wabak tiga ‘L’ iaitu lagak, laga dan lagha yang menyelubungi parti Umno perlu segera dibanteras bagi memastikan parti tidak rebah.

  • Usah terlalu ghairah
  • KUALA LUMPUR: Ahli Umno diingatkan supaya tidak terlalu ghairah dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, sebaliknya mencontohi sikap pejuang Hizbullah di Palestin yang sentiasa membaiki kelemahan.

  • Penangan orang Nogori
  • KUALA LUMPUR: “Bujur lalu melintang patah, nampak je saya bantai, masak je saya tuai,” kata Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail berhubung ucapannya tanpa merujuk teks ketika membahas ucapan dasar Presiden, semalam.

  • Bukan parti mabuk kuasa
  • KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Umno bukan parti yang mabuk kuasa, malah jauh sekali bersifat perkauman.

  • Ucapan dapat reaksi positif
  • KUALA LUMPUR: Ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno semalam mendapat reaksi positif daripada perwakilan dan pemerhati yang menyifatkannya antara ucapan terbaik dan penuh pengertian.

  • Gerai MAM memikat
  • KUALA LUMPUR: Gerai pameran Majlis Aids Malaysia (MAM) yang dibuka khusus untuk Perhimpunan Agung Umno ke-60, menarik perhatian pengunjung apabila dua artis yang dilantik sebagai Selebriti Sokongan Riben Merah muncul di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

  • Warkah Dewan Merdeka: Rakaman gambar tersurat, tersirat
  • LUKISAN melakar memori. Malah, bagi sesetengah orang ia memberikan suatu daya tarikan dan nilai sentimental bergantung kepada genre karya seni terbabit. Disebabkan itulah, koleksi lukisan yang dipamerkan di Aras 4 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sepanjang Perhimpunan Agung Umno ini sentiasa menerima kunjungan.

  • Sedia kongsi pengalaman
  • KUALA LUMPUR: Terengganu sedia berkongsi pengalaman bagi membantu Barisan Nasional menawan semula Kelantan.

  • Hargai NGO
  • KUALA LUMPUR: Peranan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO perlu diambil kira untuk diberikan peluang kepada mereka meluahkan pandangan dan berhubung terus dengan pucuk pimpinan.

  • Dunia politik matang fikiran generasi muda
  • JIKA segelintir golongan muda tidak pernah peduli dengan isu atau masalah politik, namun Ketua Puteri Bahagian Kinabatangan, Rohhenzie Lamri, 23, mempunyai pandangan berbeza.

  • Minda: Ilmu asas akal budi tenteram
  • ISLAM adalah agama yang diturunkan Allah kepada seluruh umat manusia. Islam datang dengan pakej yang menyeluruh sebagai jalan hidup manusia dengan cara terbaik.

  • Tukang cat adun pil Ecstasy
  • JOHOR BAHRU: Penagih pil Ecstasy di bandar raya ini pasti terkejut jika mengetahui pil khayal yang dibeli mereka di pusat hiburan selama ini hanya dihasilkan seorang tukang cat dan rakannya, seorang tukang baiki pendingin hawa serta dibantu seorang penganggur.

  • Pengedar tergamam diserbu
  • KUALA LUMPUR: Leka bersantai di kediaman mewah mereka, sekumpulan lima ahli sindiket pengedaran dadah tergamam apabila rumah mereka yang dipercayai menjadi pusat pembungkusan dan pengedaran pelbagai dadah diserbu polis, petang semalam.

  • Geng Peru berjubah
  • KUALA LUMPUR: Berbekalkan sejenis rantai kunci khas berbentuk cangkuk yang hanya boleh ditemui di luar negara, sekumpulan lima Geng Peru termasuk dua wanita dikesan memotong tali beg bimbit atau tas tangan mangsa yang leka menempah tiket di KL Sentral di sini.

  • 8 jam tunggu tauke ayam
  • SUNGAI PETANI: Enam lelaki yang menyerbu sebuah ladang ternakan ayam di Sungai Tok Pawang, Bedong, dekat sini, sanggup menunggu lebih lapan jam semata-mata untuk menyamun pemilik ladang ternakan ayam berkenaan, awal pagi kelmarin.

  • Warga emas langgan wanita kena cekup
  • GEORGETOWN: Angkara kemaruk seks yang membuak-buak, seorang lelaki warga emas sanggup melanggan pelacur demi untuk memuaskan nafsunya sebelum dicekup dalam operasi bersepadu di sebuah hotel di Lebuh Chulia di sini, awal pagi semalam.

  • Lelaki dijel 8 tahun
  • KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kontrak dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian teman lelaki isterinya, empat tahun lalu.

  • Pengurusan kes saman bapa Nurin
  • KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 17 Disember depan bagi pengurusan kes saman Jazimin Abdul Jalil, bapa kepada Nurin Jazlin, kanak-kanak yang diculik dan dibunuh dengan kejam dua tahun lalu, terhadap polis dan kerajaan berhubung penyebaran gambar bedah siasat anaknya melalui Internet.

  • Geng Camry Moo tumpas
  • PETALING JAYA: Kegiatan sindiket curi kereta mewah digelar Geng Camry Moo yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang sejak lebih empat bulan lalu tumpas selepas empat individu ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini dan ibu negara, baru-baru ini.

  • Raja Petra takut berdepan undang-undang
  • SHAH ALAM: “Raja Petra (Kamarudin) lari kerana tidak berani berdepan dengan tindakan undang-undang dan polis tidak sepatutnya dipersalahkan,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika mengulas berhubung tindakan sesetengah pihak termasuk penulis blog dan laman berita portal yang mengkritik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana didakwa gagal menahan Raja Petra.

  • Iklan spa gadis antarabangsa
  • KUALA LUMPUR: Sindiket pelacuran tempatan dikesan mengiklankan perkhidmatan seks ‘gadis antarabangsa’ dengan menampal ratusan poster di lokasi awam untuk menarik perhatian lelaki hidung belang yang berminat.

  • Hanya lesen pusat kesihatan diberi
  • SUBANG JAYA: Pengusaha pusat kecantikan dan kesihatan sekitar kawasan ini diminta tidak menyediakan perkhidmatan yang sudah biasa disediakan seperti refleksologi, aromaterapi, urutan tradisional, sauna dan mandian spa kerana sudah terlalu banyak.

  • Tak mampu
  • KUALA LUMPUR: “Tutup peluang untuk berniaga,” itulah kata seorang peniaga, Mohd Nasir Mohd Kassim, 42, yang mendakwa Mara mengenakan sewa lot kedai di Centrum Setiawangsa, terlalu tinggi sehingga bangunan itu sunyi daripada penyewa.

  • Majlis Aidilfitri Pesat di Bukit Jalil
  • KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 tetamu dijangka menghadiri majlis Aidilfitri Persatuan Anak Terengganu (Pesat) di Stadium Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini, esok.

  • Kereta api ditambah
  • KUALA LUMPUR: Jumlah kereta api akan ditambah di Lembah Klang untuk memenuhi hasrat kerajaan bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam itu di kawasan ini daripada 16 peratus kepada 25 peratus pada 2012, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

  • Wanita serang rumah jiran
  • PETALING JAYA: Seorang wanita yang dipercayai mempunyai masalah psikologi gagal mengawal perasaannya sebelum menyerang kediaman jirannya, dalam satu kejadian, di pangsapuri, dekat Mutiara Damansara, kira-kira jam 1 petang semalam.

  • ‘Saya masih ada urusan’
  • KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat MCA semalam memilih Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai timbalan presiden manakala Presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat, yang dikenakan undi tidak percaya, masih memegang jawatan itu dengan alasan beliau mempunyai banyak urusan yang belum selesai.

  • Deepavali peluang erat hubungan
  • KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata perayaan Deepavali yang akan disambut esok ketika umat Islam masih merayakan Aidilfitri, adalah peluang keemasan bagi mengukuhkan hubungan antara kaum dalam erti kata semangat 1Malaysia.

  • Tunggu lembu untuk kahwin
  • PUTRAJAYA: Program ibadah korban di Kemboja sempena Aidiladha anjuran bersama Pakatan Intelektual Muslim Kemboja (CMIA) dan Global Peace Malaysia (GPM) memberi peluang kepada masyarakat Islam di negara itu melangsungkan perkahwinan untuk ahli keluarga mereka.

  • KIST sasar kumpul RM10,000
  • KUALA TERENGGANU: Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Kampus Kuala Berang, dekat Hulu Terengganu, melancarkan Tabung Bencana Alam Padang, Indonesia dengan sasaran mengumpul lebih RM10,000 untuk disalurkan kepada Tabung Bencana The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP).

  • Akademi Kaspersky di UiTM
  • SHAH ALAM: Makmal Kaspersky (Kaspersky Lab), peneraju pembangunan kandungan keselamatan dalam perisian penyelesaian pengurusan, melancarkan program pendidikan Akademi Kapersky di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

  • Berani mencuba
  • SHAH ALAM: “Prinsip saya mudah, yakin pada diri sendiri dan berani mencuba,” itu jawapan ringkas penerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor, Nik Muammar Bahari, 24, mengenai rahsia kejayaan dirangkulnya sepanjang bergelar pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

  • Seri Paduka mahu kelulusan dipastikan tulen
  • SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu semua universiti tempatan membuat pemantauan teliti terhadap individu yang memohon pekerjaan bagi memastikan mereka mengemukakan ijazah tulen serta diiktiraf kerajaan.

  • KPN bangga anak terima sarjana
  • SHAH ALAM: Tiada apa yang lebih menggembirakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan isteri, Puan Sri Juriah Ahmad selain melihat anak sulungnya, Mohd Rashid Azhari, 34, dianugerahkan ijazah sarjana pada Majlis Konvokesyen ke-71 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Sri Budiman di sini, semalam.

  • Berkuda cegah jenayah
  • KLANG: Kehadiran Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawasi sekitar Jalan Tengku Kelana atau lebih dikenali sebagai Little India di sini, dapat membendung kejadian jenayah di kawasan itu selain menjadi tarikan kepada orang ramai.

  • ‘Dia saksi kejadian’
  • KUALA LUMPUR: “Kami (polis) memanggilnya hanya sebagai saksi kejadian dan bukan suspek. Dia tidak terbabit kes berkenaan,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

  • Bekas banduan guna KPT orang lain untuk kahwin
  • KUALA TERENGGANU: “Saya bukan banduan, ada individu lain memalsukan kad pengenalan saya sebelum menyamar hingga saya dituduh mempunyai rekod sebagai bekas banduan oleh Jabatan Penjara.

  • Ramai wanita Indonesia mahu jadi amah
  • PETALING JAYA: “Ratusan wanita Indonesia sanggup bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah kerana mereka mendengar banyak perkara baik mengenainya daripada rakan dan saudara yang bekerja di sini,” kata anggota kanan sebuah kesatuan sekerja Indonesia.

  • Mahasiswa sokong Kartika
  • KUALA LUMPUR: Kesanggupan model sambilan Kartika Sari Dewi Sukarno menjalani hukuman sebat selepas disabitkan kesalahan meminum minuman keras di khalayak umum, menarik minat mahasiswa Jabatan Undang-Undang Syariah Universiti Malaya (UM) untuk melancarkan Kelab Sahabat Kartika.

  • Abim gesa siasat kritikan NGO
  • KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Jabatan Agama Islam di negeri-negeri membuat siasatan terperinci mengenai kritikan biadab badan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu undang-undang syariah yang secara langsung menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu apabila mempertikaikan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.

  • Saham Media Prima, NSTP digantung
  • KUALA LUMPUR: Dagangan saham Media Prima Bhd dan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) di Bursa Malaysia digantung hari ini.

  • ‘Nyawa’ baru lima budak
  • KUALA LUMPUR: Lima kanak-kanak menderita penyakit kritikal menerima bantuan masing-masing berjumlah RM58,590 di sini, semalam.

  • 5,000 meriah Rumah Terbuka NSTP
  • KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 tetamu memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) diadakan untuk rakan korporat di Hotel Hilton di sini, semalam.

  • Tak kesal hilang kaki
  • KOTA BHARU: “Saya masih ingat selepas kaki terpijak jerangkap samar, pasukan kami terus dihujani peluru dilancarkan sekumpulan komunis ketika melakukan serang hendap dari atas bukit.

  • Syarikat baik pulih komputer didenda RM180,000
  • KLANG: Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM180,000 terhadap sebuah syarikat membaik pulih komputer atas tuduhan memasukkan bateri plumbum terpakai dan bahan buangan pemasangan elektronik ke negara ini tanpa mendapat kebenaran.


    By : Yatie

    Copy In : METRO


No comments: