Thursday, October 15, 2009

Citer kelakar!!! ye ker kelakar???hahhah

cite 1.
Isteri Ah Chong marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Ah Chong dari tidur.

Ah Chong: Apa yang bising ni?

Isteri: Seluar dalam saya hilang bang.. tentu Seri (pembantu rumah) yang ambil

Ah Chong: Seri, betul kami yang ambil?

Seri: Tidak Pak, Seri tak ambil

Isteri: Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu…

Ah Chong: Tentu awak tak cari betul ni…

Isteri: Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai seluar dalam saya…

Ah Chong: Mana ada abang ambil…. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?

Seri: Betul Pak.. sumpah. Pak pun tahu saya TAK PENAH PAKAI seluar dalam.. masakan saya teringin seluar dalam tu..



cite 2.

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."


Nak lagik???tguuu...


cite 3

Kalau Sampai Ipohhh...... .
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar.

Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti
kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada
penumpang disebelahnya. . "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya
menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik..sudah sampai Ipoh ke belom?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan.. !"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni..perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu
menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg
pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang
kehairanan.. .

"Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"


Kehkehkeh...








No comments: